Endahnya & Life

Thursday, November 23, 2006

countdown Haj 29 days

baby sakit semalam, muntah-muntah... aku terpaksa rush back home.. bagi dia makan ubat muntah ingat nak tunggu petang tengok dia nya progress tapi nampak dia lain macam terus bawak dia pergi jumpa Paed. Cute nya masa jumpa Dr. she was very cooperative, tak nangis pun, Dr. pun sennag nak check sana sini.

the second day dah tak muntah, tapi cirit birit pulak.. tapi Dr memang dah cakap memang akan jadi gitu.. so aku dah tahu oklah persoalan dia sampai bila ni..

sat lagi nak call Dr. aku nak kena balik rumah ni HP tertinggal pulak dah nasib rumah dekat.
malam tadi baby nangis-nangis.. tepuk perut, sakit perut gamaknya.. lagi kita tak faham apa dia cakap lagi kuat raungnya.. kesian dia.. last-last muntah lagi.. after a while baru dia boleh tidur.... agaknya perut dia lain macam .. susah nak tidur. Ya Allah sembuhkan la anak ku.. lindungi la dia dari sebarang penyakit sepeninggalan kami nanti. amin..

Sunday, November 19, 2006

Countdown Haj 30 days

we had our last taklimat last saturday... I brought my baby and maid and leave them to play at the park nearby. Baby punya syok sampai sempat tidur, bangun sambung lagi main...Taklimat penerbangan ni untuk highlight persedian sebelum berangkat, dari segi kelengkapan fisikal and mental + rohani.

hubby tak berapa sihat he 's on medication so aku bagi dia lelap kejap... after we had our lunch we went to pick up the bags.. ayoo.. besar nye.. bonet V6 pun muat sebijik je... satu lagi masuk kat back seat. Kekadang rasa cam tak caya kami nak pergi haji.. macam org tak caya bila dengar aku nak pi haji jugak la... tapi aku percaya Allah pilih aku jadi tetamu nya tahun ni.. azam aku nak buat yang terbaik untuk dapatkan haji mabrur... peluang ni datang sekali seumur hidup... tu yang saat akhir ni kena pulun study betul2. bila dengar ustaz berzikir dan baca doa.. rasa diri ni hina dan kecik sangat... bersyukur yang amat Allah pilih jugak kami untuk kesana.

on Sunday pi rumah aunty, for hari raya and nak jumpa before berangkat.. lagipun jumpa dia terubat rindu kat arwah my mum.. they look alike cuma my aunty putih sket dari arwah my mum.

leni every night buku haji memang kat tangan kami la kesian kat baby tgk mak ayah dok pulun study tak layan dia, member pun ambik buku baca gak la... sat bunyi english sat bunyi jerman.. ala budak umur 2 tahun...

sunday pagi pi TH nak ambik beg yang TH bagi , baby cam tahu je tu TH, dia terus talbiah... kelakar . Moga2 Allah lindungi dia sepanjang ketiadaan kami, Amin.

Sunday, November 12, 2006

Countdown Haj 38 days

Last Saturday Endah and hubby went to Syah Alam for Kursus Perdana. Hujan lebat sgt sampai nak cari parking dalam compound masjid pun susah. After awhile we managed to park our car. sampai2 je nampak org dah ramai, ada yang pakai ihram , ada yang tengah pakai, macam-macam gaya rupa manusia.. dalam hati terdetik ni baru dalam 3ribu plus manusia... dah rasa crowded nanti kat sana macamana agaknya... Endah dan hubby pi cucuk vaksin influenza ada discount kalau kat luar tak dapat harga gitu.

terkial2 gak hubby nak pakai kain ihram.. hehe tulah Endah dah cakap practicela bang masa kat rumah.. tapi dia buat confident je...so kami were divided into a few maktab, satu maktab ada dalam 200-300 orang dah dipimpin oleh ustaz masing2. kami beramai2 jalani praktikal untuk umrah, petang tu lepas hujan stop kami mulakan ngan tawaf, ok gak la diaorang buat replica kaabah kat tengah2 tempat fountain so cam real gak la tawaf... tapi yang Endah rasa sayu bila dengar talbiah beramai.. rasa cam nak mengalir airmata.. tak tahu kenapa. untk tawaf just 3kali je then we moved on to saei,jauh jugak agaknya jarak lebih kurang cam kat sana la kot. sambil tu ustaz refresh balik la insiden sebalik setiap rukun tu. Endah sebenarnya terpisah ngan hubby kejap masa kecoh nak gi solat dan nak dengar taklimat tapi masa bergerak pi tawaf tu serempak balik ngan dia, so kami sama2 buat praktikal tu. yang kesian tu malam sebelum tu hubby pi main futsal ntal dia tertendang apa ntah bengkak ibu jari kaki so susah jugak dia nak jalan. so endah happy gak jumpa balik ngan dia, takut dia tak larat nak jalan bolehla Endah tolong pimpin..

lepas saie, stop untuk solat maghrib... yang kelakar tu kat area toilet , ya Allah ramai nye, nak kuar ngan masuk toilet cam j-card day kat midvalley, dalam hati " macam ni la agak nya nanti kat sana, tapi yelah makin teruk la gamaknya sebab jumlah org lagi ramai". lepas solat, dinner, Endah ngan hubby tak lunch kira cam lapar giler la.. lauk biasa pun licin la bak kata. lepas makan naik balik kat area solat get ready untuk isyak. lepas isyak sekali lagi taklimat diberi untuk praktikal wukuf, mabit di muzdalifah dan melontar di Mina. masa melontar tu gerun la gak sebab setengah jemaah dari belakang dah lontar sedangkan masa kursus dah cakap biar dekat baru lontar takut batu tak masuk dan takut kena kepala jemaah lain. tapi Alhamdullilah la keadaan-keadaan camni buat kita lebih bersedia. mentally prepared jugakla.

lepas abis praktikal melontar, aktiviti bebas, actually jemaah diberi pilihan untuk bermalam kat masjid, kami pun dah bawak baju and towel semua, tapi my hubby dah tak larat sgt, lepas tawaf kedai, beli jubah, cream and a few things, kami balik rumah, sampai rumah tgk baby tidur ngan maid kat ruang tamu, sayu pulak tengok nanti nak pergi nanti macam ni la baby tidur ngan kakak dia.

plan ngan hubby nak bangun awal nak pi subuh kat masjid Putrajaya ingat nak join diaorang nye aktiviti la.. tapi bangun tidur dah kul 6.00 am terlepas nak jemaah kat sana.. hubby nye kaki pun makin bengkak sebab banyak jalan.. so terpaksa cancel all plan. takpala praktikal untuk pagi ahad tawaf dan saei, which kitaorang dah buat on saturday tu. tapi ada byk gak la insiden yang berlaku walaupun beberapa jam kat masjid tu, tak putus2 petugas tabung haji buat announcement, si polan hilang barang, rantai emas, husband tak jumpa, is teri kemana.. macam-macam tapi buat Endah rasa insaf kejap dalam keadaan 3 ribu org dah macam ni kelam kabut imagine petugas TH nak kendali berbelas ribu jemaah dalam masa yang sama, yang macam-macam ragam dan perangai. wallahualam

Thursday, November 09, 2006

Countdown Haj 42 days

hari ni Jumaat break, Endah pi kedai merendek, after fikir2 rasanya nak tempahla jubah so that boleh buat kocek dalam sikit and tambah zip.. so pi la cari kain.. dah siap beli kain ternampak satu kedai saja la masuk rupanya ada jubah putih yang cantik gak la.. kain tak jarang 49.90 je.. tapi takpa la dah beli kain pun...
Monday, hantar kat tailor ngan baju cth sekali.

dah tu cari kelengkapan itu ini.. ada lagi kena beli tapi nanti la.. sebab lupa bawak list barang.

Countdown Haj 43 days

Alhamdullilah, akhirnya Endah dapat gak book tiket mas setelah berhempas pulas, n kakak pun dapat gak Endah tolong book kan sekali.
semalam Endah pi merendek lepas opis , ingatnya nak carila jubah putih untuk pakai kat sana, hajat nya nak beli sehelai dua je yang lebih beli kat sana aja... mak oii mahalnya lagi putih lagi mahal.. kata tokey kedai ni buat khas untuk org pi haji.. terdetik dihati tapi Endah tak nak komen la bahagian masing2, tak palah banyak masa lagi, boleh survey kat tempat lain.

Endahnya appointment ngan supervisor postpone to tomorrow morning, ada satu kerja lagi yang tak sentuh ingat nya tomorrow la kot hehehe.. tangguh lagi...

Tuesday, November 07, 2006

Countdown Haj 44 days

Tensionnya Endah, I have being trying to book domestic ticket from kampung to Kl dari last night sampai lerrr tak dapat2. since tickets on that particular day much cheaper than airasia.. for the first time I tried to book thru MAS online booking.. ampeh.. the system somehow couldn't process the payment part.. yang lagi ampeh tu malas tadi price 246, pagi ni dah naik 248, kalau I try malam ni ntahnya naik 250. dah complaint panjang lebar kat customer service, he promised to me that someone will call to clear the payment thru phone tapi sampai petang tak de pun. Ya Allah berikan la kemudahan dan kesabaran padaku... Aminn

Monday, November 06, 2006

Countdown for Haj -45 days

Today, abang learned how to wear ihram through cd, we bought a set of cd by Ustaz Daud Cik Ngah. It was informative tak rugi beli.
Endah pun dah pulun buat revision pasal haji dan doa untuk lancar masa kat sana. almaklum this is our first time setiap hari debaran makin kuat. apa yang Endah buat berdoa setiap kali lepas solat mintak Allah berkati segala usaha dan ilmu yang dipelajari dan menerima kami sebagai tetamuNYA.

at the same time in the office, I have to complete all my tasks before leaving for Haj.. the problem is susah nak concentrate.

Sunday, November 05, 2006

Countdown for Haj in 46 days

Endah dan abang dah pi kedai cari kelengkapan. List yang dapat dari one of sis from the mailing list really help me in preparing my things. tinggal nak cari jubah putih dan telekung untuk pakai kat sana.

dalam masa yang sama baby dah start ragam dia, agaknya dia dah boleh rasa yang kami akan berpisah tak lama lagi.. setiap kali terjaga malam, dia nangis cari mama and papa, endah nak pi toilet pun dah susah. ayah cakap nanti jagna basuh kain ngan baju, nak buat ubat rindu.. hmm..

nanti sambung lagi...

Thursday, November 02, 2006

My First Blog

Hari ni tanggal 3 Nov. 2006, tergerak hati untuk create my own blog that was after I've gone through Mak Andeh blog (recommended by a friend).
After this I may use this blog to share something .. hmm got to go time is up.. kerja la apa lagi.

Endahnya