Endahnya & Life

Sunday, November 12, 2006

Countdown Haj 38 days

Last Saturday Endah and hubby went to Syah Alam for Kursus Perdana. Hujan lebat sgt sampai nak cari parking dalam compound masjid pun susah. After awhile we managed to park our car. sampai2 je nampak org dah ramai, ada yang pakai ihram , ada yang tengah pakai, macam-macam gaya rupa manusia.. dalam hati terdetik ni baru dalam 3ribu plus manusia... dah rasa crowded nanti kat sana macamana agaknya... Endah dan hubby pi cucuk vaksin influenza ada discount kalau kat luar tak dapat harga gitu.

terkial2 gak hubby nak pakai kain ihram.. hehe tulah Endah dah cakap practicela bang masa kat rumah.. tapi dia buat confident je...so kami were divided into a few maktab, satu maktab ada dalam 200-300 orang dah dipimpin oleh ustaz masing2. kami beramai2 jalani praktikal untuk umrah, petang tu lepas hujan stop kami mulakan ngan tawaf, ok gak la diaorang buat replica kaabah kat tengah2 tempat fountain so cam real gak la tawaf... tapi yang Endah rasa sayu bila dengar talbiah beramai.. rasa cam nak mengalir airmata.. tak tahu kenapa. untk tawaf just 3kali je then we moved on to saei,jauh jugak agaknya jarak lebih kurang cam kat sana la kot. sambil tu ustaz refresh balik la insiden sebalik setiap rukun tu. Endah sebenarnya terpisah ngan hubby kejap masa kecoh nak gi solat dan nak dengar taklimat tapi masa bergerak pi tawaf tu serempak balik ngan dia, so kami sama2 buat praktikal tu. yang kesian tu malam sebelum tu hubby pi main futsal ntal dia tertendang apa ntah bengkak ibu jari kaki so susah jugak dia nak jalan. so endah happy gak jumpa balik ngan dia, takut dia tak larat nak jalan bolehla Endah tolong pimpin..

lepas saie, stop untuk solat maghrib... yang kelakar tu kat area toilet , ya Allah ramai nye, nak kuar ngan masuk toilet cam j-card day kat midvalley, dalam hati " macam ni la agak nya nanti kat sana, tapi yelah makin teruk la gamaknya sebab jumlah org lagi ramai". lepas solat, dinner, Endah ngan hubby tak lunch kira cam lapar giler la.. lauk biasa pun licin la bak kata. lepas makan naik balik kat area solat get ready untuk isyak. lepas isyak sekali lagi taklimat diberi untuk praktikal wukuf, mabit di muzdalifah dan melontar di Mina. masa melontar tu gerun la gak sebab setengah jemaah dari belakang dah lontar sedangkan masa kursus dah cakap biar dekat baru lontar takut batu tak masuk dan takut kena kepala jemaah lain. tapi Alhamdullilah la keadaan-keadaan camni buat kita lebih bersedia. mentally prepared jugakla.

lepas abis praktikal melontar, aktiviti bebas, actually jemaah diberi pilihan untuk bermalam kat masjid, kami pun dah bawak baju and towel semua, tapi my hubby dah tak larat sgt, lepas tawaf kedai, beli jubah, cream and a few things, kami balik rumah, sampai rumah tgk baby tidur ngan maid kat ruang tamu, sayu pulak tengok nanti nak pergi nanti macam ni la baby tidur ngan kakak dia.

plan ngan hubby nak bangun awal nak pi subuh kat masjid Putrajaya ingat nak join diaorang nye aktiviti la.. tapi bangun tidur dah kul 6.00 am terlepas nak jemaah kat sana.. hubby nye kaki pun makin bengkak sebab banyak jalan.. so terpaksa cancel all plan. takpala praktikal untuk pagi ahad tawaf dan saei, which kitaorang dah buat on saturday tu. tapi ada byk gak la insiden yang berlaku walaupun beberapa jam kat masjid tu, tak putus2 petugas tabung haji buat announcement, si polan hilang barang, rantai emas, husband tak jumpa, is teri kemana.. macam-macam tapi buat Endah rasa insaf kejap dalam keadaan 3 ribu org dah macam ni kelam kabut imagine petugas TH nak kendali berbelas ribu jemaah dalam masa yang sama, yang macam-macam ragam dan perangai. wallahualam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home